Assalamualaikum..

saja nak share dengan member disini pengalaman membeli kereta Recond.

Sekarang ni ramai yang berminat membeli kereta recond berbanding kereta 'new' kerana kualiti dan prestasi lebih kurang sama sahaja.

Malah harga kereta recond jauh lebih murah.

Antara contoh kereta recond yang mendapat sambutan adalah seperti

-toyota caldina
- Mitsubishi Evo (7, 7.5 & 8)
- Toyota Mark X (sesuai untuk 35 tahun keatas)
- Toyota Estima
- Honda Integra
- Honda Accord Euro
- Toyota wish
- BMW 3 & 5 series
- Mazda RX8

Pertama sekali jika anda berminat untuk membeli kereta recond, anda perlu cek/semak nombor chasis kereta berkenaan.

bukan apa, dengan nombor chasis kita dapat tahu bila kereta tersebut dibuat.

Ada ramai pengeluar kereta recond sanggup menipu untuk mendapat untung lebih.

contohnya, kereta tersebut dibuat pada tahun 2002, tetapi penjual mengatakan ia dikeluarkan pada tahun 2004 (sebab AP tulis tahun 2004).

Jadi penjual kereta akan dapat untung lebih 5% bagi setiap perbezaan satu tahun!

Oleh itu anda perlu cek bila kereta yang ingin anda beli itu dikeluarkan.

Anda boleh cek nombor chasis kenderaan dilaman ini:

http://www.japan-partner.com/check-manufacture-year.php


Kemudian anda perlu cek mileage kereta tersebut. Jika bawah 30,000 maka ia sudah dikira ok...

Penjual biasanya meletakkan harga lebih tinggi untuk permulaan. Tetapi anda boleh dapatkan harga yang murah mengikut kehendak anda dengan meletakkan sedikit deposit.

contohnya, harga kereta yang diletakkan adalah RM150k. Katakan harga RM150k itu terlalu mahal. dan anda mampu RM140k sahaja.

Jadi anda bagi deposit RM500 terlebih dahulu dan tawarkan harga RM140k (ini menunujukkan kesungguhan anda untuk dapatkan kereta itu)... Jika tidak dapat harga yang diingini, mereka (penjual) akan kembalikan wang anda.

Biasanya kaedah ini berjaya... tetapi perbezaan harga yang ditawarkan oleh penjual tidak lebih 10% daripada harga yang anda ingini.

Kebanyakan kereta datang dengan keadaan tidak complete. seperti tiada reverse sensor/camera, frequency radio bermasalah, tayar botak atau digunakan seduah lebih 5 tahun. Jadi sebelum deal harga, minta barang2 yang tidak complete dari penjual.

Selepas deal harga, penjual akan menunjukan berapa harga kereta tersebut 'on the road' dan membuat pengiraan berapa banyak bulanan yang perlu anda bayar.

Setiap pengiraan anda perlu tahu duit tersebut dibayar untuk apa. Saya pernah tertipu untuk kes ini. Penjual memasukkan RM5 ribu dalam pengiraan dan saya tidak tanya mereka untuk apa duit tersebut.

Kemudian selepas mendapatkan kereta baru saya tanya untuk apakah duit tersebut. Jawabnya adalah duit tersebut digunakan untuk menukar cermin gelap (sebab x lulus Puspakom).

Padahal harga cermin tersebut lingkungan harga RM2k-3k sahaja!

ok last, Anda perlu bertanyakan kepada penjual berkenaan adakah AP yang dikeluarkan daripada semenanjung ataupun AP sarawak. AP serawak lebih murah harganya dari AP semenanjung.

Tetapi jika anda ingin menjual kembali kereta anda itu, harga trade in AP sarawak jauh lebih murah berbanding AP semenanjung... Dan ada juga penjual keberatan untuk trade in kereta yang mempunyai AP sarawak. saya pun tidak tahu mengapa...

Diharapkan tip diatas membantu anda dalam mendapatkan kereta recond...